Balai Polis Bandar Hilir diganggu makhluk halus atau hantu ??




gambar  Balai Polis Banda Hilir yang dipetik dari media sosial


Melaka: Balai Polis Banda Hilir, di sini, dipercayai diganggu makhluk halus atau hantu sehingga menyebabkan sebuah pintu masuk kaca, pecah, Khamis lalu.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam balai terbabit yang menjadi tular di media sosial, kejadian berlaku jam 4.21 pagi, pada 6 April lalu.
Mengikut video tular berdurasi 73 saat itu, dua pintu balai terbabit tiba-tiba terbuka sendiri dengan sebuah pintu terbuka ke dalam balai manakala pintu utama seperti ditarik keluar hingga pecah.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan rakaman video yang menjadi tular itu.
"Saya hanya melihat video tapi belum menerima laporan penuh dari balai terbabit, begitupun saya sahkan memang ada pintu kaca di balai terbabit yang pecah," katanya ketika dihubungi.
Begitupun, ketika diminta mengulas mengenai kehadiran hantu di balai terbabit, beliau menolak dengan menganggap kejadian itu mungkin terjadi akibat tiupan angin.


source :harian metro@8april 2017

Comments