assalamualaikum
kisah teladan uuntuk renungan bersama
Suatu hari Nabi Sulaiman
a.s. bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang
diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan
makanan sebesar sebutir gandum.
Lalu Nabi Sulaiman a.s.
memasukkan semut tersebut di dalam sebuah botol dengan di letakkan bersamanya
gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup (diberi lubang
sikit untuk udara masuk ke dalamnya).
Cukup tempuh setahun, mulut
botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati
hanya separuh sahaja daripada gula sebesar sebutir gandum itu yang habis
dimakan oleh semut tersebut.
Nabi Sulaiman bertanya,
mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah
berkata ia perlukan makanan sebesar sebutir gandum?
Sang semut menjelaskan
bahawa jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin
Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan
hakikat itu.
Tetapi apabila dikurung
oleh manusia (Nabi Sulaiman a.s) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan
berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia. Mana tahu
kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu
tahun? Apa akan jadi padanya?
Pengajaran yang boleh di
perolehi daripada kisah ini adalah semut lebih yakin jaminan rezeki
daripada Allah S.W.T.(bertawakal kepada Allah) ketika di luar botol berbanding
“jaminan” manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan
itulah ia mengambil langkah berjimat cermat, supaya apabila berlaku sesuatu di
luar jangkaan dia masih mampu bertahan. Masih ada makanan yang boleh digunakan.
Kenapa kita yang berada di
dunia ini yang mengaku beriman kepada Allah S.W.T. tetapi masih ragu-ragu
tentang jaminan rezeki dari Allah S.W.T? Oleh itu yakinilah dengan sepenuh hati
bahawa setiap anak yang lahir ke dunia, Allah S.W.T. telah menjamin rezeki
untuknya, samaada ibu-bapanya merancang atau tidak merancang untuk anak
tersebut.
Comments