Hati-hati
Pencuri Siber ‘Spoofing’ – Polis
on: April 6, 2017
3:09 pm
Kuala Lumpur: Individu yang memiliki akaun Maybank dinasihati
berwaspada terhadap kemunculan sindiket penipuan ‘Spoofing’.
Timbalan Pengarah JSJK (Siber dan Siasatan Multimedia), Senior
Asisten Komisioner Datuk Kamaruddin Md Din berkata, pihaknya mengesan wujud
rangkaian sindiket baru yang menyamar sebagai pegawai bank khususnya Maybank
untuk menipu orang awam.
Menurutnya, sindiket itu akan menghubungi telefon mangsa secara
rambang sebelum memulakan perbualan dengan mendakwa nama mangsa digunakan
individu tertentu untuk melakukan pinjaman peribadi.
“Ahli sindiket akan memperkenalkan diri sebagai pegawai bank
sebelum meminta mangsa menyatakan nama penuh dan nombor MyKad untuk tujuan
pengesahan.
“Suspek kemudian mendakwa ada individu yang menyamar dan membuat
pinjaman peribadi menggunakan identiti mangsa,” katanya.
Mangsa kemudian akan panik dan suspek akan menasihati mereka
untuk membuat aduan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) atau Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dengan memberi nombor telefon yang sudah diubah menggunakan
‘platform voice over internet protocol’ (VOIP) untuk memperdaya mangsa.
“Meskipun itu bukan nombor asal BNM atau PDRM akan tertera
nombor asal dua agensi kerajaan pada telefon pintar mangsa menggunakan
peralatan VOIP,” katanya.
Kamaruddin berkata, sebaik mangsa menghubungi nombor itu,
seorang lagi ahli sindiket yang menyamar sebagai pegawai BNM atau PDRM akan
menjawab panggilan itu.
Beliau
berkata, ‘pegawai’ palsu itu pula akan meminta maklumat perbankan dan kad
kreditmangsa kononnya untuk tujuan pengesahan dan semakan
Comments