KUBUR MISTERI MUNCUL SECARA TIBA-TIBA DI TANAH PERKUBURAN PURBA


Kubur tidak bertanda yang muncul di luar kawasan gereja lama st james di Stanstead Abbots Hertfordshire

Polis telah menjadi bingung selepas kubur yang tidak bertanda serta baru dan mengandungi mayat manusia muncul dalam sekelip mata di kawasan gereja purba.

Pegawai polis telah dipanggil untuk memeriksa plot yang  yang terhasil secara bersih dan kemas  selepas penduduk tempatan di kampung Stanstead Abbotts di Hertfordshire menjadi pelik selepas kemunculan plot kubur tersebut secara tiba-tiba.

Kubur tidak bertanda, yang dihiasi dengan batu putih, muncul pada musim luruh yang lepas di kawasan gereja terpencil abad ke-12 paroki St James, yang  jarang  digunakan sejak tahun 1970-an.

Penduduk kampung pada mulanya terkejut melihat sebuah kubur baru di gereja tersebut  tetapi tidak berasa curiga ,sehinggakan pada awal minggu ini, seorang penduduk tempatan memutuskan untuk mengadu kepada pihak  polis serta memberitahu kepada seorang pegawai masyarakat bahawa dia berasa curiga dengan kubur tersebut sejak ia berada di sana.

Apabila pasukan detektif mula menggali di kubur tersebut, mereka menemui rangka manusia  yang kini sedang  diperiksa oleh pihak forensik

Penduduk tempatan mendakwa mereka kerap  melihat orang melawat dan menjaga kubur  tersebut  dan detektif kini berharap untuk mengenal pasti individu yang terlibat  untuk merungkai  misteri kubur tersebut dan mayat siapakah dalam kubur tersebut.

Polis berada di kawasan  Stanstead Abbotts 



Ketua Inspektor Gerry McDonald Polis Hertfordshire berkata: "Pada peringkat ini kita cuba untuk mengetahui apa yang berlaku.

"Ia mungkin mengambil masa yang sangat lama, ia mungkin baru walaupun ia pasti tidak sangat baru. Ia juga  berkemungkinan  salah  satu  kubur  purba yang terdapat di kawasan tersebut. Kami  benar-benar sukar untuk berkata apa-apa dengan pasti pada masa ini."

keputusan forensik daripada penyiasatan itu dijangka akan didedahkan tidak lama kerana pakar-pakar dalam bidang forensik  telah selesai dalam penyiasatan mereka
Detektif  Inspektor   Anna Borella berkata: "Gereja ini hanya digunakan sekitar empat kali setahun, tetapi kita tahu bahawa ada individu yang kerap melawat tanah perkuburan ini.

"Kami merayu kepada sesiapa yang telah terlihat individu yang melawat kubur misteri  tersebut atau yang mempunyai  maklumat yang boleh membantu kami mengenal pasti  individu tersebut,  untuk menghubungi kami.

"Kubur ini terletak berhampiran dengan gereja dan tidak ada kubur langsung sebelahnya, jadi sesiapa yang melawat boleh dikenalpasti dengan segeral."


sumber :@6 April 2017
 

Comments