assalamualaikum..tips2 suami isteri bahgia..untuk renungan bersama~ hehe
badak jantan badak betina,
pergi ke pekan membonceng bersama,
sila2 smbung sendiri lah pantun nih
badak jantan badak betina,
pergi ke pekan membonceng bersama,
sila2 smbung sendiri lah pantun nih
1- Sering melakukan kegiatan
bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan
mandi bersama.
2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami.
Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika
berjalan.
3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar
suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa
mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika
untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan
tenang dalam rumah tangga.
7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran,
cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri
mengandung dan melahirkan anak.
9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan
Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari
rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu
kembali (rujuk).
10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga
mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh
membantu dari segi nasihat.
11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada
dunia luar berbanding keluarga sendiri.
12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan
diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik
atau terbabit dengan jualan langsung.
13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan,
layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya
berbanding apabila keluar rumah.
15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan
lembut.
16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu
rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang.
Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami
disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan
indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai
penghibur dalam rumah tangga.
19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis
dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk
dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa
awasi mereka.
21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada
perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan,
pelajaran dan tempat percutian.
22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya
dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan
dan kemesraan.
23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak
halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani
dan melahirkan generasi seterusnya.
Comments